Firman Allah SWT di dalam Al Quran : (Yaitu) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil).” [QS. Al-Baqarah : 185]
Ayat di atas menjelaskan tiga fungsi diturunkannya Al-Qur’an, yaitu :
- Petunjuk bagi semua manusia dalam menjalani hidupnya agar mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
- Sumber rujukan dan bukti bagi orang yang memahami dan mengkajinya.
- Pedoman untuk membezakan antara yang halal dan yang haram serta antara yang haq dan yang bathil.
AMALAN AL QURAN YANG DIGALAKKAN SEPANJANG RAMADHAN
1. Tadarus dan Tadabbur Al-Quran.
Membaca Al Qur’an adalah amal yang diperintahkan untuk dilakukan setiap muslim setiap hari dan lebih ditekankan lagi pada bulan Ramadhan. Hal tersebut karena Ramadhan adalah bulan diturunkannya Al-Qur’an dan pada setiap Ramadhan malaikat Jibril as senantiasa datang kepada Rasulullah saw untuk bertadarrus Al-Qur’an bersamanya.
Firman Allah : “Maka apakah mereka tidak mentadabburi Al-Quran ataukah hati mereka terkunci“ (QS. Muhammad : 24)
2. Tahsin Tilawah.
Tilawah atau tartil Al-Qur’an meruapakan ibadah yang bernilai pahala tinggi. Kita juga dituntut membacanya dengan baik dan betul:
Rasulullah saw bersabda, “Bacalah Al-quran kerana sesungguhnya Al-quran itu datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi pembacanya“. ( HR. Muslim)
Rasulullah Saw bersabda: “Barangsiapa membaca satu huruf dari Al-Quran maka dia mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan sama dengan sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan, ‘Alif Laam Miim adalah satu huruf, namun (yang aku maksud) ialah Alif satu huruf, Laam satu huruf, dan Miim satu huruf”. (HR.Tirmidzi)
3. Berinteraksi dengan Al-Qur’an.
Antara yang seharusnya dilakukan oleh seorang mukmin terhadap Al-Qur’an terutamanya di bulan Ramadhan ialah membacanya, mendengarkannya, menghafalnya, mentadabburi (merenungkan)nya, mengamalkannya, menyampaikannya dan sebagainya. Semua amalan tersebut adalah kebajikan yang berpahala besar di sisi Allah.
Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al-Quran yang mulia.”
KEISTIMEWAAN & KELEBIHAN MEMBACA AL QURAN.
1. Ibadah Yang Mulia
Rasulullah s.a.w telah bersabda bermaksud:
Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib) bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran.
2. Al-Quran Merupakan Satu Hidangan dari Allah.
Sabda Rasulullah lagi bermaksud “Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan ALlah sebanyak mana yang kamu boleh”
3. Senjata Untuk Membersihkan Jiwa
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud : Daripada Ibnu Umar r.a berkata “Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.
4. Terpelihara dari Kelalaian
Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai”
Diolah dari sumber:
1) http://e-taalim.jais.gov.my/
2) http://www.quranpoin.com/
No comments:
Post a Comment