Friday, February 11, 2011

SMK Saujana Dalam Utusan Malaysia



Jidin Shafee (belakang tengah) bersama pelajar cemerlang pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Sujana 2001 di Dewan SMK Saujana Setiu, baru-baru ini.

SETIU 21 Jan. (Utusan Malaysia) – Empat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana dekat sini yang mencatat keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 menerima hadiah penghargaan sebanyak RM1,000 seorang.

Muhammad Khairul Izzuan Che Zaki, Fatin Nur Aina Ainie Marzuki, Nur Syuhada Adam dan Wan Nazzatul Alia Wan Zaki membanggakan pihak sekolah dengan pencapaian 9A. Hadiah sumbangan seorang usahawan tempatan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Setiu, Marzuki Sulong itu disampaikan pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Saujana 2011 di sekolah itu kelmarin.

Ia disampaikan oleh Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan, Datuk Dr. Junaidy Abdul Wahab yang merasmikan majlis itu. Hadir sama Ahli Parlimen Setiu yang juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) SMK Saujana, Datuk Mohd. Jidin Shafee. Selain itu seramai 29 lagi pelajar sekolah yang turut mencatatkan keputusan membanggakan, turut menerima Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional sumbangan pihak sekolah.

Turut memperoleh anugerah itu termasuklah Nurul Izzah Che Yasin (8A1B), Noor Ayuni Nordin (7A2B), Noraini Diana Muhammad (7A1B1C), Muhammad Azuddin Hamzah (7A1C), Norasidah Dillah (6A2B), Hafizi Fahmi Marzuki (6A2B) dan Mohamad Amirul Azmi (6A2B).
Juga Natasha Sahira Kamarudin (6A2B), Wan Hanif Wan Hassan (6A1B1C), Nur Amira Abdul Mutalib (6A1B1C) dan Che Mohd. Syukeri Che Alias (6A2C). 

Pengetua SMK Saujana, Wan Mariah Wan Ahmad berkata, pihaknya berterima kasih kepada Marzuki yang telah memberi sumbangan yang agak besar terhadap empat pelajar terbaik itu bagi merangsang pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan. ”Program seperti ini diadakan setiap tahun dan menerusi majlis itu para ibu bapa berpeluang untuk bertemu serta berbincang dengan guru bagi mengetahui perkembangan akademik anak-anak mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...