Tuesday, April 13, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431H

Salam ukhuwwah buat semua..

Pada 3 Mac 2010 bersamaan 17 Rabiul Awwal 1431H telah diadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat SMK Saujana. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu meriah dengan keceriaan dan semangat yang ditunjukkan oleh warga SMKS. 

Sambutan dimulai dengan perarakan Maulidur RAsul di kawasan sekitar SMK Saujana. Pelajar-pelajar dan guru-guru berselawat beramai-ramai dengan penuh semangat. Untuk tahun ini ada beberapa suntikan pembaharuan dibuat dalam pertandingan yang diadakan. 

Pertandingan perarakan dan mencipta sepanduk dipertandingan mengikut rumah sukan dan bukannya Unit Badan Beruniform seperti sebelumnya. Dua lagi pertandingan turut diadakan untuk mengcungkil bakat pelajar iaitu Pertandingan Melukis Poster ( tema Maulidur Rasul )  untuk pelajar menengah rendah dan Pertandingan Mencipta Slogan sempena Maulidur Rasul untuk pelajar menengah atas.

 
Perarakan Rumah Kuning


Rumah Hijau


Rumah Biru

Rumah Merah


Usai perarakan, sambutan turut dilengkapkan lagi dengan Ceramah Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan dari Pejabat Hal Ehwal Agama Setiu iaitu Ust Makhtar. Selain itu majlis turut diserikan dengan persembahan pelajar seperti deklamasi sajak, nasyid dan pentomen serta Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang acara yang dipertandingkan.

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini berjalan dengan lancar dan harapan kami Panitia Pendidikan Islam agar seluruh warga SMK Saujana mengambil manfaat dan iktibar dari perjuangan Rasulullah SAW dalam memartabatkan agama suci ini.

Panitia Pendidikan Islam juga mengucapkan ribuan terima kasih buat Pengetua SMK Saujana, pihak pentadbiran sekolah, guru-guru, pelajar-pelajar dan seluruh pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...