Saturday, February 27, 2010

7 Sunnah Harian Rasulullah SAW Yang Diabaikan

Salam ukhuwwah buat semua..

Sempena kedatangan Maulidur Rasul tahun ini, marilah kita koreksi diri sejauhmana sunnah Rasulullah itu dekat di hati kita. Tanamkan cinta pada Rasulullah dan hidupkanlah sunnah harian Baginda dalam kehidupan..

Pertama: 
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.  

Kedua :

Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: 
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 
Keempat :
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: 
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Salam Maulidur Rasul 1431H

Panitia Pendidikan Islam SMK Saujana, Setiu mengucapkan..

SALAM MAULIDUR RASUL 1431H



Contohi keperibadian Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan teladani kemuliaan akhlaknya dalam diri kita..
Hayati perjuangannya dalam menegakkan agama yang mulia ini
dan contohi pengorbanan Baginda yang tidak bertepi
Selamat Meneruskan Perjuangan Rasulullah...

Tuesday, February 23, 2010

Salam Ukhuwwah

Salam ukhuwwah buat semua..

Panitia Pendidikan Islam SMK Saujana, Setiu maju setapak lagi. Menyahut cabaran perkembangan teknologi masakini, blog ini bertujuan mngenengahkan aktiviti dan pencapaian panitia kami, di samping bertukar - tukar pendapat dan pengalaman dengan blog yang sealiran. Sambutlah salam ukhuwwah dari kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...