Saturday, February 26, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H

Salam ukhuwwah,

Pada tarikh 24 Februari 2011 bersamaan 21 Rabiul Awwal, 1432H satu program yang bertujuan memperingati kelahiran Rasulullah SAW dan menanamkam rasa cinta warga SMKS pada Rasulullah, akhlak, sunnah dan perjuangan Rasulullah iaitu Sambutan Maulidur Rasul bagi 1432H.

Tujuan untuk meraikan Kelahiran Nabi Saw adalah agar kita sebagai ummatnya mengenangkan jasa baginda yang tidak termampu untuk kita membalasnya kerana sifat peribadi baginda yang sanggup megorbankan diri sendiri untuk ummatnya sebagai bukti kasih sayang baginda.
 

Acara tahunan ini telah diadakan dengan berbagai program yang telah disusun oleh Panitia Pendidikan Islam seperti pertandingan perarakan, pertandingan sepanduk, menulis esei, mencipta slogan dan melukis poster. Sambutan kali ini dimanfaatkan lagi dengan Ceramah Maulidurrasul oleh dua orang guru SMK Saujana iaitu Haji Kamaruddin Ibrahim dan Haji Mat Husin Ghani. Pelajar-pelajar turut membuat persembahan bagi menghayati lagi sambutan ini. Antara persembahan yang diadakan ialah nasyid, pentomen, sajak dan bercerita. Majlis diakhiri dengan bacaan Selawat beramai-ramai.


Naib Johan Perarakan - Pengakap

Johan Perarakan - PPIM













Barisan pelakon Pentomen Saidina Umar bersama guru pembimbing, Puan Norhayati

Kumpulan Nasyid PUTRA

Panitia Pendidikan Islam mengucapkan jutaan Terima Kasih di atas kerjasama semua pihak terutamanya pihak pentadbiran, guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Jumpa lagi di tahun hadapan!

Thursday, February 24, 2011

Ceramah Tahbibul Lughah Bersama Ustaz Wan Ahmad Hasbi

Salam ukhuwwah..

Pada 9 Februari 2011, satu ceramah motivasi Tahbibul Lughah untuk pelajar-pelajar KAA SMK Saujana telah diadakan di Bilik Bahasa SMK Saujana. Program anjuran Bahagian Bahasa Arab, Sektor Pendidikan Islam, JPNT itu merupakan satu usaha untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan belajar Bahasa Arab dan menanamkan perasaan cinta mereka terhadap bahasa syurga ini. 


Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Wan Ahmad Hasbi Wan Jusoh, Penolong Pengarah Operasi Bahasa Arab, SPI JPNT amat menarik dan membuatkan pelajar-pelajar memberi tumpuan penuh sepanjang ceramah diadakan.












Cenderahati disampaikan oleh Ketua Panitia Bahasa Arab, Ustazah Zahara


Syukran jazilan ya ustaz!

Selamat Bersara Sir Tee!

Salam buat semua..

Kami dari Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab mengucapkan selamat bersara kepada Encik Tee Lee Teck yang telah bersara pada 8 Februari yang lalu. Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan terutamanya yang berkaitan PA system dan siaraya sepanjang kami melaksanakan program-program Pendidikan Islam & Bahasa Arab.


Tuesday, February 15, 2011

Projek Bilik Bahasa Arab 2

Paparan gambar-gambar sepanjang aktiviti menghias dan menyiapkan Bilik Bahasa Arab SMK Saujana.
Semoga diberi ruang dan peluang oleh Allah SWT agar bilik ini akan beroperasi secepat mungkin.



Apa nak buat ye?

Hati-hati..

Mural jenis2 bentuk




Meja kitar semula..nak kena pakai skirt ni..


Friday, February 11, 2011

SMK Saujana Dalam Utusan Malaysia



Jidin Shafee (belakang tengah) bersama pelajar cemerlang pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Sujana 2001 di Dewan SMK Saujana Setiu, baru-baru ini.

SETIU 21 Jan. (Utusan Malaysia) – Empat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana dekat sini yang mencatat keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 menerima hadiah penghargaan sebanyak RM1,000 seorang.

Muhammad Khairul Izzuan Che Zaki, Fatin Nur Aina Ainie Marzuki, Nur Syuhada Adam dan Wan Nazzatul Alia Wan Zaki membanggakan pihak sekolah dengan pencapaian 9A. Hadiah sumbangan seorang usahawan tempatan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Setiu, Marzuki Sulong itu disampaikan pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Saujana 2011 di sekolah itu kelmarin.

Ia disampaikan oleh Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan, Datuk Dr. Junaidy Abdul Wahab yang merasmikan majlis itu. Hadir sama Ahli Parlimen Setiu yang juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) SMK Saujana, Datuk Mohd. Jidin Shafee. Selain itu seramai 29 lagi pelajar sekolah yang turut mencatatkan keputusan membanggakan, turut menerima Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional sumbangan pihak sekolah.

Turut memperoleh anugerah itu termasuklah Nurul Izzah Che Yasin (8A1B), Noor Ayuni Nordin (7A2B), Noraini Diana Muhammad (7A1B1C), Muhammad Azuddin Hamzah (7A1C), Norasidah Dillah (6A2B), Hafizi Fahmi Marzuki (6A2B) dan Mohamad Amirul Azmi (6A2B).
Juga Natasha Sahira Kamarudin (6A2B), Wan Hanif Wan Hassan (6A1B1C), Nur Amira Abdul Mutalib (6A1B1C) dan Che Mohd. Syukeri Che Alias (6A2C). 

Pengetua SMK Saujana, Wan Mariah Wan Ahmad berkata, pihaknya berterima kasih kepada Marzuki yang telah memberi sumbangan yang agak besar terhadap empat pelajar terbaik itu bagi merangsang pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan. ”Program seperti ini diadakan setiap tahun dan menerusi majlis itu para ibu bapa berpeluang untuk bertemu serta berbincang dengan guru bagi mengetahui perkembangan akademik anak-anak mereka,” katanya.

Projek Bilik Bahasa Arab I

Salam ukhuwwah buat semua..

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab yang baik banyak dibantu persekitaran yang kondusif dan mempunyai biah arabiyyah. Harapan Panitia Bahasa Arab untuk memiliki bilik khas Bahasa Arab untuk P&P dan aktiviti Bahasa Arab akhirnya termakbul. Lokasi awal yang telah dipersetujui ialah di sebelah kelas 3D. Walau bagaimana pun atas beberapa masalah, kami beralih arah ke bilik di blok lama yang dahulunya adalah kelas Lukisan Kejuruteraan. Oleh kerana bengkel LK telah berpindah ke blok baru, bilik yang terbiar lama eloklah diguna dan dimakmurkan untuk aktiviti berfaedah. 

Namun, panitia Bahasa Arab tidak berseorangan kerana kami turut berkongsi sebahagian ruang dengan bilik gerakan Rakan Muda SMK Saujana. Insya Allah, perkembangan bilik ini akan diupdate dari masa ke semasa. Semoga ruang dan peluang ini akan memantapkan lagi pencapaian Bahasa Arab SMK Saujana.

Gambaran awal

Mural hadapan

Pakar-pakar sdg mengecat

Mural nama buah-buahan

Mural jenis2 warna

Belum siap lagi ni..tu yang ejaan salah tu

Say No To Valentine's Day

Tanggal 14 Februari dianggap tarikh keramat meraikan hari kasih sayang atau memperingati kekasih. Tak terkecuali di negara kita sendiri. Bagai sudah menjadi satu budaya pulak. Filem-filem bertema  romantik dan kasih sayang yang bakal ditayangkan di kaca TV pada 14 Februari sudah hampir sebulan dipromosi penuh hebat. 

 

Begitu juga dengan pakej-pakej istimewa yang disediakan oleh kebanyakan restoran dan hotel. Penjual bunga terutamanya ros merah yang melambangkan kasih sayang sudah bersedia mengaut keuntungan berganda. Semua ini umpama isyarat kepada umat Islam yang cetek ilmu dan iman bahawa Hari Valentine boleh diraikan. Bermula dengan bicara di telefon atau SMS, pertemuan, hadiah dan lain-lain semuanya dilakukan tanpa rasa bersalah.

Asal usul Valentine
Hari Valentine dikaitkan dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
 

Menurut pendapat yang lain Hari Valentine dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim. 

Bagi umat Islam yang cetek pengetahuan agama dan kering jiwa terutamanya remaja dan muda mudi Islam, mengganggap Hari Valentine tidak salah diraikan. Inilah yang sangat membimbangkan. So, sebarkanlah dan sama-sama la kita mengingatkan saudara dan rakan di sekeliling kita yang masih 'kabur' dan "buat-buat kabur"  mengenai Hari Valentine di sisi Islam

Hukum Menyambut Hari Valentine
Menyambut Valentine Day (Hari Kekasih) hukumnya haram. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32) 
Mafhumnya, Allah s.w.t. tidak mengharamkan zina semata-mata malahan apa-apa yang boleh membawa kepada zina juga hukumnya haram. Apa yang jelas dalam sambutan Valentine Day ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Justeru, bagi menzahirkan rasa cinta, pelbagai aktiviti dilakukan yang jelas haram dan bertentangan dengan Islam. Apa yang pasti ialah pasangan kekasih akan mengadakan pertemuan demi melahirkan perasaan cinta. Pada waktu itu yang ketiga ialah syaitan yang menghasut mereka supaya melakukan perkara-perkara terkutuk.
Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’
Islam mengharamkan sambutan seperti itu bagi menghalang berlakunya perkara yang lebih buruk. Islam menghalang demi membatasi perhubungan lelaki dan perempuan supaya masing-masing dapat memelihara kehormatan diri.
Menyambut Valentine Day adalah bertentangan dengan syiar dan norma-norma budaya masyarakat Islam Melayu. Malah budaya itu diimport dari Eropah yang menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan atas dasar suka sama suka.Perlu difahami bahawa Islam bukan satu agama yang rigid atau ekstrem tetapi Islam bermatlamat membawa kesejahteraan demi memelihara nama baik umat Islam supaya menjadi umat contoh.

Majlis Khatam Al Quran 2010

Salam mahabbah buat semua..

Sekitar Majlis Khatam Al Quran & Penyampaian Sumbangan Aidilfitri 2010 yang telah diadakan pada penghujung Ramadhan yang lalu. Gambar-gambar untuk tatapan anda semua. Panitia Pendidikan Islam SMK Saujana mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini..












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...