Wednesday, April 28, 2010

Kem Bestari Solat 2010

Salam ukhuwwah..

Mendidik pelajar menunaikan segala perintah Allah s.w.t. terutamanya perintah-perintah yang wajib seperti solat lima waktu merupakan tangguhngjawab besar  supaya mereka terbiasa dan dapat membentuk diri mereka ke arah keredhaan Allah sehingga dewasa. Ibadah dan amalan ini akan menjadi benteng bagi mereka dari maksiat dan kemungkaran seterusnya meletakkan diri mereka sentiasa berada dalam pemeliharaan dan rahmat Allah sepanjang masa.

Sabda Rasulullah s.a.w.:Maksudnya : "Ajarkanlah anak-anak kamu mengerjakan solat jika mereka sudah berumur tujuh tahun, dan pukullah (apabila tidak mahu solat) jika mereka sudah berumur sepuluh tahun".  

Bermula dari itu, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Kem Bestari Solat selama 3 hari bermula 8 - 10 April yang lalu bertempat di Peladang Setiu Agro Resor, Setiu, Terengganu

Objektif Kem Bestari Solat ini ialah :
  1. Memastikan pelajar-pelajar yang keciciran dalam soalat dapat menunaikan solat dengan betul
  2. Menimbulkan keinsafan pelajar terhadap kepentingan tanggungjawab solat dalam kehidupan Muslim.
  3. Mendedahkan kepada murid-murid tentang asas-asas agama yang menjadi pegangan dan panduan agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan budaya yang bertentangan dengan ajaran agama.
  4. Membentuk akhlak dan jatidiri pelajar

Sasaran : Murid-murid Ting 2 yang culas dan lemah dalam penguasaan solat iaitu seramai 50 orang : 30 murid lelaki dan 15 murid perempuan

Menaiki bas untuk ke PSA Resort

Bengkel di bawah bimbingan PK HEM kite..

Guru Kanan Bidang Kemanusiaan turut mencurah ilmu

Anak -anak bimbingan En Shaharuddin

Puteri-puteri harapan..

 Amali Solat Berjemaah



Sesi menjamu selera


Motivasi bersama Guru Cemerlang SMK Saujana - Cikgu Awang Harun

Amali Solat berjemaah

Bengkel

Amali Solat dengan bimbingan guru

"Begini cara yang betul"..kata Uzh Ramlah..

Majlis Penutup

Terima Kasih buat Pengetua SMK Saujana, Puan Hajah Wan Mariah Wan Ahmad kerana sudi menyempurnakan MAjlis Perasmian Penutup program kali ini..

 شكرا جزيلا
جزاكم الله خير الجزاء
Kepada pihak pentadbiran SMK Saujana, pihak pengurusan Peladang Setiu Agro Resort, Warga Kerja Kem Bestari Solat, peserta, guru-guru dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga ia menjadi titik tolak dalam melahirkan generasi yang beramal soleh dan berperibadi mulia..

Tuesday, April 13, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431H

Salam ukhuwwah buat semua..

Pada 3 Mac 2010 bersamaan 17 Rabiul Awwal 1431H telah diadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat SMK Saujana. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu meriah dengan keceriaan dan semangat yang ditunjukkan oleh warga SMKS. 

Sambutan dimulai dengan perarakan Maulidur RAsul di kawasan sekitar SMK Saujana. Pelajar-pelajar dan guru-guru berselawat beramai-ramai dengan penuh semangat. Untuk tahun ini ada beberapa suntikan pembaharuan dibuat dalam pertandingan yang diadakan. 

Pertandingan perarakan dan mencipta sepanduk dipertandingan mengikut rumah sukan dan bukannya Unit Badan Beruniform seperti sebelumnya. Dua lagi pertandingan turut diadakan untuk mengcungkil bakat pelajar iaitu Pertandingan Melukis Poster ( tema Maulidur Rasul )  untuk pelajar menengah rendah dan Pertandingan Mencipta Slogan sempena Maulidur Rasul untuk pelajar menengah atas.

 
Perarakan Rumah Kuning


Rumah Hijau


Rumah Biru

Rumah Merah


Usai perarakan, sambutan turut dilengkapkan lagi dengan Ceramah Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan dari Pejabat Hal Ehwal Agama Setiu iaitu Ust Makhtar. Selain itu majlis turut diserikan dengan persembahan pelajar seperti deklamasi sajak, nasyid dan pentomen serta Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang acara yang dipertandingkan.

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini berjalan dengan lancar dan harapan kami Panitia Pendidikan Islam agar seluruh warga SMK Saujana mengambil manfaat dan iktibar dari perjuangan Rasulullah SAW dalam memartabatkan agama suci ini.

Panitia Pendidikan Islam juga mengucapkan ribuan terima kasih buat Pengetua SMK Saujana, pihak pentadbiran sekolah, guru-guru, pelajar-pelajar dan seluruh pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...