Thursday, August 19, 2010

10 Cara Mencapai Kesempurnaan Puasa


Antara 10 cara untuk mencapai kesempurnaan puasa ialah :
  1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya
  2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
  3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
  4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
  5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga
  6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. bulan Ramadan.
  7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin.
  8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
    Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.
  9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
  10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya

Khasiat Sebiji Kurma


Kurma adalah sejenis tumbuhan (palma) atau lebih dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai ‘phonex dactylifera’ yang berbuah. Kurma mempunyai khasiat yang tersendiri. Ia menjadi makanan Rasulullah S.A.W. Rasulullah telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:
 
S.A.W. bersabda : Sesiapa yang makan 7 biji tamar ‘Ajwad’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.”

Terdapat penemuan-penemuan yang dilakukan oleh pakar sains perubatan tentang khasiat buah kurma. Antara khasiatnya:-

Kandungan Kalium
Kurma boleh menurunkan risiko serangan stroke kerana kandungan kalium yang tinggi. Nilai kalori yang tinggi memudahkan ia dicerna oleh tubuh. Kalium amat penting bagi fungsi tubuh terutama jantung dan pembuluh darah. Fungsi mineral ini membolehkan denyutan jantung yang teratur, mengaktifkan kontraksi otot dan kestabilan tekanan darah.

Komposisi Gizi
Buah kurma tidak mengandungi lemak, namun kandungan karbohidrat dapat membekalkan energi (tenaga) yang yang tinggi. Kandungannya berkisar sekitar 60 peratus pada kurma yang lembek (yang diambil ketika lembek dan mentah) dan 70 peratus pada kurma kering (yang mengering dipohon).
Varietas kurma mengandungi gula glukosa (sejenis gula dalam darah) atau fruktosa (sejenis gula yang terdapat dalam buah-buahan). Kandungan gula tersebut mudah dicerna dan mudah dibakar oleh tubuh. Oleh itu, orang yang makan banyak buah kurma akan menjadi segar dan tahan lapar kerana penyerapan gula dalam badan berada pada tempoh yang lama

Kandungan Vitamin
Buah kurma juga mengandungi vitamin yang penting seperti vitamin A, vitamin B,tiamin, riboflavin serta niasin. Riboflavin dan niasin akan membantu melepaskan tenaga dari makanan dan tiamin membantu melepaskan tenaga dari karbohidrat. Vitamin A membantu memelihara kulit yang sihat.

Kandungan Mineral
Kurma juga mengandungi banyak mineral seperti magnesium, potassium dan kalsium. Mineral-mineral ini sangat diperlukan oleh tubuh badan. Serat dalam buah kurma berfungsi mengaktifkan usus yang memudahkan membuang air besar. Dalam kurma juga terdapat suatu hormon (potuchsin) yang membolehkan pencegahan pendarahan dalam rahim.

Monday, August 16, 2010

SAMBUTAN IHYA' RAMADHAN 1421H


SAMBUTAN IHYA' RAMADHAN 1421H
PERINGKAT SMK SAUJANA 

TARIKH
1-23 ramadhan 1431h 
BERSAMAAN 
11 OGOS - 2 SEPT 2010

ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

AKTIVITI 
tadarus al quran
ifthar jamae'i
tabung infaq ramadhan
bacaan yaasin
mimbar ramadhan ( tazkirah harian)
risalah ramadhan
bacaan al quran setiap pagi
ceramah nuzul al quran
majlis khatam al quran 
dan lain-lain...
 

Tuesday, August 10, 2010

Marhaban Ya Ramadhan

Salam ukhuwwah buat semua..

Ramadhan tiba lagi. Sambutlah penuh kerinduan, keazaman dan penuh rasa kehambaan. Selamat menempuh madrasah Ramadhan 1431H. Semoga beroleh ganjaran dan keberkatan yang diharapkan. Kami Panitia Pendidikan Islam SMK Saujana mengucapkan Selamat Beribadat di bulan Ramadhan Al Mubarak ini..


dan diiringi doa restu ..


Tuesday, July 27, 2010

Wasiat Ilmu Imam Shafie

Salam mesra buat semua..


Sekadar berkongsi kata-kata Imam Shafie buat renungan dan motivasi buat semua

Belajarlah, sesungguhnya seseorang itu tidak dilahirkan alim,
 dan tiadalah orang berilmu menyamai orang yang jahil.
Sesungguhnya pembesar kaum yang tiada ilmu,
 menjadi kecil bila dikerumuni bala tenteranya (meminta pandangannya).
Seorang yang hina sekiranya berilmu,
ia menjadi besar bila dikerumuni oarang ramai (yang ingin belajar).
Jadi, janganlah redha dengan kerendahan (kehinaan),
Dan janganlah nasib hanya berpada dengan apa yang ditinggal orang terdahulu.

~ Imam Shafie

Monday, July 12, 2010

Sekitar KBS Siri II

Salam ukhuwwah buat semua..

Kem Bestari Solat Siri II untuk tahun ini telah berjaya dianjurkan pada 1-3 Julai yang lepas di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Trg. Program ini adalah khusus untuk memperbetulkan solat pelajar-pelajar Ting 5 yang terpilih iaitu seramai 50 orang.

Harapan kami agar apabila mereka keluar dari alam persekolahan, mereka sudah didedahkan dengan perlaksanaan solat yang betul dan diharapkan tidak akan berlaku lagi masalah keciciran solat yang merupakan masalah utama yang menjerumuskan remaja ke arah gejala yang tidak baik. 

Justeru, mewakili Panitia Pendidikan Islam dan SMK Saujana amnya, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pentadbiran SMK Saujana, guru-guru dan peserta yang terlibat sepanjang program ini.
Ucapan terima kasih juga istimewa kami layankan buat MAIDAM Terengganu, PEMADAM cawangan Setiu, Pengurusan Peladang Setiu Agro Resort dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Jazakumullahi Khairan Khatira..Semoga Allah membalas semua kebaikan yang kalian hulurkan..Insya Allah.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang program tersebut untuk tatapan anda semua.


Banner program

Fasi menunjuk cara solat yang betul

Bacaan kena fasih dan betul...: Cikgu Norhayati

PK HEM kita meninjau perjalanan program

Amali wudhuk

Bengkel dan bimbingan dari Uzh Ramlah


Khusyuk mendengar motivasi

Penceramah Jemputan : En Sauti bin Omar, Naib Pengerusi PEMADAM Cawangan Setiu


Guru Cemerlang, Cikgu Awang turut hadir

Bengkel di bawah bimbingan GKB Kemanusiaan , Uzh Hajah Jamilah

Amali Solat Berjemaah



Makanan di PSA Resort memang best!

Antara guru-guru SMK Saujana yang terlibat..Terima KAsih Semua!


Bengkel Cikgu MBO atas air..hati-hati..!


Bengkel GKB Sains dan Matematik, Cikgu Khazaniah


Kuliah memantapkan rohani

Friday, July 2, 2010

Kem Bestari Solat Siri II 2010


KEM BESTARI SOLAT SMK SAUJANA 
SIRI II  2010
TARIKH & hARI
1-3 JULAI 2010 bersamaan 19-21 REJAB 1431H
khamis - sabtu

TEMPAT
peladang setiu agro resort, setiu, terengganu

perasmian penutup
pengetua smk saujana

ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru 2010

Salam ukhwwah buat semua..

 Kata Imam Al- Ghazali...

"Hak Guru lebih agung dari hak ibubapa, sebab ibubapa penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana, sementara guru penyebab hidup yang kekal, kalaulah tidak ada guru nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh ibubapa akan celaka selamanya.".



Sempena hari guru Panitia Pendidikan Islam SMK Saujana ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru SMK Saujana khususnya dan untuk semua yang bergelar guru walau di mana anda berada....semoga sentiasa berusaha untuk menjadi guru yang hebat dalam usaha untuk melahirkan generasi ummah yang berilmu, beriman dan beramal..

GURU OH GURU
Karya : Usman Awang 
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Wednesday, April 28, 2010

Kem Bestari Solat 2010

Salam ukhuwwah..

Mendidik pelajar menunaikan segala perintah Allah s.w.t. terutamanya perintah-perintah yang wajib seperti solat lima waktu merupakan tangguhngjawab besar  supaya mereka terbiasa dan dapat membentuk diri mereka ke arah keredhaan Allah sehingga dewasa. Ibadah dan amalan ini akan menjadi benteng bagi mereka dari maksiat dan kemungkaran seterusnya meletakkan diri mereka sentiasa berada dalam pemeliharaan dan rahmat Allah sepanjang masa.

Sabda Rasulullah s.a.w.:Maksudnya : "Ajarkanlah anak-anak kamu mengerjakan solat jika mereka sudah berumur tujuh tahun, dan pukullah (apabila tidak mahu solat) jika mereka sudah berumur sepuluh tahun".  

Bermula dari itu, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Kem Bestari Solat selama 3 hari bermula 8 - 10 April yang lalu bertempat di Peladang Setiu Agro Resor, Setiu, Terengganu

Objektif Kem Bestari Solat ini ialah :
  1. Memastikan pelajar-pelajar yang keciciran dalam soalat dapat menunaikan solat dengan betul
  2. Menimbulkan keinsafan pelajar terhadap kepentingan tanggungjawab solat dalam kehidupan Muslim.
  3. Mendedahkan kepada murid-murid tentang asas-asas agama yang menjadi pegangan dan panduan agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan budaya yang bertentangan dengan ajaran agama.
  4. Membentuk akhlak dan jatidiri pelajar

Sasaran : Murid-murid Ting 2 yang culas dan lemah dalam penguasaan solat iaitu seramai 50 orang : 30 murid lelaki dan 15 murid perempuan

Menaiki bas untuk ke PSA Resort

Bengkel di bawah bimbingan PK HEM kite..

Guru Kanan Bidang Kemanusiaan turut mencurah ilmu

Anak -anak bimbingan En Shaharuddin

Puteri-puteri harapan..

 Amali Solat Berjemaah



Sesi menjamu selera


Motivasi bersama Guru Cemerlang SMK Saujana - Cikgu Awang Harun

Amali Solat berjemaah

Bengkel

Amali Solat dengan bimbingan guru

"Begini cara yang betul"..kata Uzh Ramlah..

Majlis Penutup

Terima Kasih buat Pengetua SMK Saujana, Puan Hajah Wan Mariah Wan Ahmad kerana sudi menyempurnakan MAjlis Perasmian Penutup program kali ini..

 Ø´ÙƒØ±Ø§ جزيلا
جزاكم الله خير الجزاء
Kepada pihak pentadbiran SMK Saujana, pihak pengurusan Peladang Setiu Agro Resort, Warga Kerja Kem Bestari Solat, peserta, guru-guru dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga ia menjadi titik tolak dalam melahirkan generasi yang beramal soleh dan berperibadi mulia..

Tuesday, April 13, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431H

Salam ukhuwwah buat semua..

Pada 3 Mac 2010 bersamaan 17 Rabiul Awwal 1431H telah diadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat SMK Saujana. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu meriah dengan keceriaan dan semangat yang ditunjukkan oleh warga SMKS. 

Sambutan dimulai dengan perarakan Maulidur RAsul di kawasan sekitar SMK Saujana. Pelajar-pelajar dan guru-guru berselawat beramai-ramai dengan penuh semangat. Untuk tahun ini ada beberapa suntikan pembaharuan dibuat dalam pertandingan yang diadakan. 

Pertandingan perarakan dan mencipta sepanduk dipertandingan mengikut rumah sukan dan bukannya Unit Badan Beruniform seperti sebelumnya. Dua lagi pertandingan turut diadakan untuk mengcungkil bakat pelajar iaitu Pertandingan Melukis Poster ( tema Maulidur Rasul )  untuk pelajar menengah rendah dan Pertandingan Mencipta Slogan sempena Maulidur Rasul untuk pelajar menengah atas.

 
Perarakan Rumah Kuning


Rumah Hijau


Rumah Biru

Rumah Merah


Usai perarakan, sambutan turut dilengkapkan lagi dengan Ceramah Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan dari Pejabat Hal Ehwal Agama Setiu iaitu Ust Makhtar. Selain itu majlis turut diserikan dengan persembahan pelajar seperti deklamasi sajak, nasyid dan pentomen serta Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang acara yang dipertandingkan.

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini berjalan dengan lancar dan harapan kami Panitia Pendidikan Islam agar seluruh warga SMK Saujana mengambil manfaat dan iktibar dari perjuangan Rasulullah SAW dalam memartabatkan agama suci ini.

Panitia Pendidikan Islam juga mengucapkan ribuan terima kasih buat Pengetua SMK Saujana, pihak pentadbiran sekolah, guru-guru, pelajar-pelajar dan seluruh pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Saturday, February 27, 2010

7 Sunnah Harian Rasulullah SAW Yang Diabaikan

Salam ukhuwwah buat semua..

Sempena kedatangan Maulidur Rasul tahun ini, marilah kita koreksi diri sejauhmana sunnah Rasulullah itu dekat di hati kita. Tanamkan cinta pada Rasulullah dan hidupkanlah sunnah harian Baginda dalam kehidupan..

Pertama: 
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.  

Kedua :

Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: 
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 
Keempat :
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: 
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Salam Maulidur Rasul 1431H

Panitia Pendidikan Islam SMK Saujana, Setiu mengucapkan..

SALAM MAULIDUR RASUL 1431H



Contohi keperibadian Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan teladani kemuliaan akhlaknya dalam diri kita..
Hayati perjuangannya dalam menegakkan agama yang mulia ini
dan contohi pengorbanan Baginda yang tidak bertepi
Selamat Meneruskan Perjuangan Rasulullah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...